Monday, February 23, 2009

gemuk (papa) buahatiku..


aku memang seorang pencinta binatang, terutamanya kucing, binatang kesayangan Nabi Muhammad S.A.W. Biar aku story sikit, kucing belaan pertama aku yang aku paggil papa and gemuk, arwah mak and abah panggl acet adalah merupakan kucing kesayangan aku pada waktu itu. Sewaktu itu, aku membelanya daripada aku form 3 until form 5, kirenyer die nielah sahabat , buahati pengarang jantung aku mase tu. Tempat aku luahan segala isi hati dan perasaan aku especially bab2 yang x bleh nak story ngan sesiape pun termasuklah my own parent.Aku balik sekolah, papa akan menunggu aku di muke pintu, kalau memanggil namanye, dia akan datang segera dan terus meleset minta dibelai dan dimanjakan. Pagi sebelum ke sekolah, pasti die akan mengejutkan aku, kerana yang pasti, die akan tidur di atas perutku di bilikku di bawah tanah. Papa akan menjilat2 mukeku dan mundar mandir di perutku.Memastikan yang aku akan bangun dari mimpi indahku. Apabila sudah memastikan aku akan melangkah keluar daripada bilikku,Itulah kebiasaanya yang akan dilakukannya sehinggalah pada suatu hari, aku dapati papa sakit kuat. Die mengasingkan diri di suatu sudut di dalam bilik stor. Akan tidak lagi mendengarkan suarenye yang manja itu lagi. Papa mati 3 hari selepas itu, aku teramat sedih akan kehilangan papa, pada mase itu, umurnya sudah memjangkau 3 tahun.Aku mengkebumikan papa di suatu sudut di bawah ampaian, ketika itu hujan turun dengan lebat, tetapi aku tetap bertekad untuk mengkebumikannya. Dalam deruan angin serta hujan lebat, hatiku sayu dan teramat pilu, walapun die cuma sekadar teman dan tiada taraf sekedudukan dengan insan, tetapi die juga tetap ciptaan Yang Maha Esa.Aku menangis dalam kegelapan malam dan hilang dengan bunyi hujan..

1 comment:

  1. bl la ko nak edit blog nih,,,ko x tulis pe2 pon same jek :-< baru nak kmen:p

    ReplyDelete