Tuesday, March 17, 2009

kawan2 compromy dem :>

part time


hari nie, dh masuk 4hari aku buat keje part time kat slh satu hotel famous kat jb, if korg pernh dgrla.... paragon hotel, dekat2 ngan pelangi mall ngan new york hotel. Arinie, aku masuk keje kul 11, tapi dsbbkan kelewtn dn kesengalan diri sndri , aku dicaskan minus rm5 coz smpai lbh kurg kul 11.30 . 1st day , aku dptlah collect rm45 then 2nd dy lak ollect rm 45 gak..

Unfortunetely,3rd day aku cme leh collect nak tau brape..(p/s :sedih siot nk bgtau......45 minus 20>>>>>..so pity..4th dat pn lagi sedih giler siot, siap kne hold rm10..


argh, nak keje part time kononnye nak crik duit skit..

angah ckp die nak seponsor abiskan lesen kete lagi rm250..em tapi dsbbkan x pr kl, tmnkan die blik jb, i am not sure, i meant it.(d moneyla pointnyer>>>)


Em, cptlh aku abis blaja, nak keje betul( but keje tenang tanpa pressure)

Then, nak bayau duit mtor bulan ( banyak sgt hutang budi ngan momok >>> x nak bayk sgt, tkut x terbalas ...eventhought aku syg kat die,, but not sure for longer time .Tapi masih lagi beharap dengan sangat for happy live ever after.>>)Cukuple tu..

bila nak jadi muslimah sejati


Busana Muslimah
Busana Muslimah formal:Tersedia 3 desain motif warna putih hitam dan merah hitam (sesuai gambar), juga hitam merahi. Ukuran Allsize. Harga Rp 100.000,-
Busana Semiformal:Tersedia model simple line warna pink, ukuran M, harga Rp 80.000,-. Model Sulam tersedia ukuran L warna maroon, dan XL warna pink, harga Rp 100.000,-Busana Santai:Batik seri:Model Kimono, ukuran Allsize, tersedia warna merah dan hijau, Rp 70.000,-Model pita kerut, Allsize, Stock: sesuai gambar, Rp 65.000,-Model Simple dengan Kerut, Allsize, tersedia warna hijau dan merah, Rp 65.000,-Busana bahan kaos, motif putih polos, Allsize, sesuai gambar, harga Rp 60.000,-


Jilbab Muslimah
Jilbab Cantik:
Jilbab rampel cantik, tersedia warna pink, ungu dan biru, harga Rp 65.000,-Jilbab pita cantik, tersedia 3 warna dan motif ekslusif, putif, ungu, maroon, harga Rp 110.000,-Jilbab polos mahkota bunga cantik, tersedia warna abu2, hijau dan ungu. harga Rp 40.000,-Jilbab mote cantik (contoh hitam), tersedia warna cream menarik, dan putih, harga Rp 80.000,-Jilbab motif etnik cantik warna hitam putih, harga Rp 35.000,-Jilbab rajut cantik, tersedia warna pink cerah, harga Rp 85.000,-Jilbab kaos :Jilbab kaos polos warna ungu dan pita motif garis (sesuai contoh), harga Rp 100.000,-Jilbab kaos pendek warna pink, harga Rp 20.000,-Jilbab kaos pendek , harga Rp 10.000,- tersedia warna orange, putih, kuning.


Mukena
Ada beberapa pilihan mukena untuk anda bawa kemanapun anda pergi. desainnya simple, mungil dan cantik.
Mk putih biasa dengan bordir ungu, Rp 40.000,-Mk putih dengan tampilan bordir bunga putih yang manis, Rp 60.000,-Mk pink dengan rampel maron, cantik untuk anda yang dinamis, harga Rp 70.000,-Mk batik orange, unik dan menarik Rp 75.000,-Mk sulam warna ungu, tampak ekslusif, harga Rp 75.000,-

Langgan: Entri (Atom)


TAJUK : SAAT HILANG CINTAMU



Cinta dapat mengubah
rasa pahit menjadi manis,
debu bertukar emas,
keruh menjadi jernih,
sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga ,
Derita menjadi nikmat,
Dan kemarahan menjadi rahmat.


































BAB 1
Pagi itu, angin sungguh tenang sekali.Selesai menunaikan solat subuh, Tasha lantas bangun untuk membersihkan diri.Sejuk sungguh air di kampung ini.Walaupun Tasha sudah masuk hari ke dua tinggal di rumah Shamin, dia masih belum dapat membiasakan diri dengan suasana semulajadi seperti itu.Maklumlah kekok sedikit lantaran hidup di bandar sedikit berbeza berbanding di kampung.Mujurlah Shamin dan makcik Bab, emak Shamin banyak membantu.Waktu di London, cuaca sejuk disana masih dapat dibiasakan,waima takat sejuknya lebih rendah berbanding di kampung Shamin.Itu juga dipersetujui oleh Shamin dan ana, kawan karib Tasha.Tapi, Tasha mengakui, disana dia lebih kerap menngunakan ‘hot shower’. Zaman moden, gunakanlah, sepatah kata ana.

“Tasha, mari turun nak, kita sarapan sekali”ulang Makcik Bab yang sedari tadi sibuk menyediakan sarapan untuk mereka.

”Wah, ubi lenyek Bu, ini kegemaran Shamin.Ibu macam dapat agak Shamin mengidam makanan ini Bu”pintas Shamin sewaktu menuruni anak tangga untuk ke dapur.

”Kamukan baru pulang dari luar negara,Ibu dapat baca apa yang anak ibu nak makan”balas Makcik Bab sambil menampakkan songel di tepi bibirnya.Kata Shamin, itu memang tradisi orang-orang tua, cuma sekarang agak janggal sedikit kerana tidak ramai yang mewarisinya walhal banyak manfaatnya.

‘Shamin, nanti kamu tolong ibu tangkapkan ayam dibelakang rumah, boleh ibu buat masak ayam kampung masak merah”pinta Makcik Bab.

”Nanti dapatlah si Tasha nie rasa ayam kampung, asyik rasa ayam cucuk jek, bagi pulak die rasa ayam fresh.Ayam cucuk tu tak bagus”tambah Makcik Bab sambil tersengeh kearah Tasha.”

“Baik juga tu Bu, Shamin pun bosan asyik dok menghadap fast food, susah bebenor nak cari ,masakan melayu kat sana Bu, maklumlah negeri orang putih, duk ada makanan orang putih jeklah.”Balas Shamin sambil mengangkat sedikit keningnya kearah Tasha.

Tasha sekadar membalasnya dengan selarik senyuman.Dalam hatinya berkata sendiri, betapa bahagianya hidup Shamin walaupun semuanya serba sederhana. Jika hendak dibandingkan dengan dirinya, everything is completed but,,bahagiakah dia???

Jauh dari kesibukan bandar, tanpa pencemaran, tanpa kebisingan.Inilah ketenangan yang dicari oleh Tasha selama ini.Tapi dia pasti dia tidak akan dapat merasainya lebih lama lagi. Dia perlu menyelesaikan hal-hal yang jauh lebih penting, tentang syarikat Papa yang akan diambil alihnya kelak, tentang ibu tirinya yang selalu mendominasi serta kebahagiaan yang ingin dicapainya bersama Shamin suatu hari nanti, walaupun dia tahu, dugaan yang amat besar bakal ditempuhinya apabila dia menginjakkan diri ke rumah Papa, bagaimana reaksi papa apabila mendapat tahu yang dia bercinta dengan orang yang tidak setaraf kedudukan papa.Itulah yang selalu papa cari sehinggakan mama lebih rela membawa Azim pergi menikmati hidup yang lebih bahagia walaupun tidak sesempurna mana, namun masih cukup makan dan pakai, itu sudah memadai.Mama memang wanita yang sangat tabah mengharungi dugaan menjadi ibu tunggal yang membesarkan anak seorang diri,nasib baik mama punya kelulusan pendidikan, mama menjadi tenaga pengajar di sebuah universiti tempatan .Tasha selalu berdoa dia akan mengikut sifat mamanya yang teguh dan tabah.

“Tasha, jauh you menung, baru balik London dah berangan ke London lagi.Ini tak lainlah nie, duk terkenangkan si Raylah tu, mentang-mentanglah dia tu jejaka terhensem di college dulu. Pintas Shamin sambil tersenyum dengan gelagat Tasha sedari tadi.”Bukanlah B, I bukan duk ingat kat si Ray yang over tu. Dia tak sehensem youlah B, youkan lain,you ada lesung pipit dia tak ada”balas Tasha sambil melirik manja kearah Shamin, saja mahu melihat tindakbalas Shamin.

“Udah-udahlah tu duk sakat si Tasha tu Shamin, dah masuk, dah nak maghrib nie.Kita duk jemaah sama-sama, dah lama kamu tu tak jadi imam kat umah nie,pastu karang, kita buat tahlil untuk arwah ayah kamu sekali, mak baru bersihkan kubur arwah ayah kamu kat tepi masjid tu, Pakcik Ali pun dah tebas semak-semak kat sebelah kawasan perkuburan tu, sedap sikit mata memandang”terang Makcik Bab panjang lebar.

BAB 2

Selama 3 tahun menyambung pengajiannya di kota London, Tasha kini lebih peka dalam menempuhi hidup, walaupun Tasha bukan dilahirkan di dalam keluarga yang susah namun dia lebih gemar menempuhi hidup hariannya dengan lebih sederhana, itulah yang diajar oleh Shamin, katanya, biar bersederhana dalam apa jua keadaan, itu yang terbaik, itu juga yang termaktub di dalam kitab suci Al-Quran. Betapa dia banyak mempelajari tentang ilmu yang maha suci ini, walaupun dia memang dilahirkan di dalam keluarga Islam, tetapi papa tidak mementingkan soal pendidikan agama, yang lebih mustahak bagi papa adalah mengumpul sebanyak mungkin harta kekayaan dengan memajukan lagi syarikatnya, walhal papa hanya punya dia dan Azim.

Azim,
Pasti papa lebih memihak padanya berbanding Azim, mana mungkin papa menyerahkan harta kekayaannya kepada anak mama, papa lebih rela menyerahkannya kepada ibu tirinya yang sering sahaja mahu memonopoli segala kekayaan keluarganya.

Entahlah, jika hendak difikirkan betul-betul, dia juga tidak faham dengan sikap papanya yang punya ego yang tinggi dan kadang kala dia merasakan papa bersikap tidak adil antara mama dan ibu tirinya walhal papa sebenarnya tahu sikap bini mudanya yang amat menyakitkan hati. Tapi apa yang boleh dilakukannya sebagai anak hanya menerima semua ketentuanNya dengan redha.Mungkin semuanya ada hikmahnya yang tersendiri.Allah itu Maha Mengetahui, itu yang selalu diutarakan oleh Shamin acapkali Tasha membuka cerita perihal keluarganya.
Padanya, Shaminlah tempat dia meluahkan segala rasa ketidakpuasaannya pada papa dan hal berkaitan keluarganya kerana dia percaya Shamin akan memberikan pendapat yang terbaik. Tasha sendiri lebih banyak belajar bersabar dengan karenah ibu tirinya yang kadang kala tidak masuk akal, meminta yang bukan-bukan mengalahkan dirinya yang merupakan darah daging papa sendiri, kalau mahu ikutkan hati panasnya, mahu sahaja dia mencampakkan ibu tirinya jauh dari kehidupannya sekeluarga, tapi papa juga mencintai perempuan gila harta itu.Mahu tidak mahu, dia terpaksa akur dengan segala yang telah tertulis untuk dirinya.

“B, esok sayang harus pulang ke KL, papa telefon tadi, dia marah benar, sebab tidak memberitahunya penerbangan pulang dari Kota London dua hari lepas,. Ingatkan nak buatkan surprise untuk papa, tapi nanti lain pulak jadinya. B tahulah perangai papa tu macamana”utara Tasha memecah kesunyian malam itu.

”Em, nak buat macamana, sebagai anak yang patuh, sayang memang patut bagitahu papa, buatnya dia mengamuk tak tentu pasal, lagi bertambah haru jadinya.Nanti esok pagi B hantarkan sayang ke Bandar okey?.Nanti sampai bagitahu B, tak adalah B risaukan sayang nanti.”balas Shamin sambil tersenyum kearah Tasha.

Untung benar aku punya kekasih yang betul-betul memahami dan ambil berat” getus Tasha dalam dirinya. Ait, sayang nie, B cakap dengan sayanglah, bukan dengan dinding nie ha, buat tak tahu aje ye sayang”balas Shamin bernada merajuk.

”Sayang dengarlah B, sayang dah nyahut dalam hati, B jek yang tak dengar kot.”pintas Tasha sambil tersenyum sinis kearah Shamin, saja mahu menimbulkan kemesraan antara mereka.Entah ia akan terus bertahan atau tidak, biarlah takdirnya yang menentukannya.Dia pasrah, walaupun kebahagiaan ini mungkin tidak lama, dia tetap bersyukur,sekurang-kurangnya, dia sendiri dapat menikmatan erti kasih sayang daripada seseorang lelaki yang sebaik Shamin.









BAB 2

Musim semester baru akan bermula Januari depan.Mesti lebih complicated, biasalah last semester,mesti sibuk dan of course final project should be presented, but anyway, cuti semester nie pun tak terisi, terasa kebosanan, maklumlah, dah biasa memenuhi setiap waktu, terasa satu pembaziran masa tanpa melakukan apa-apa aktiviti, janggal juga rasanya.Azim bermonolog sendiri.”Tutt,tutt”, sape pula yang menghantar mesej pagi-pagi nie, macam tahu-tahu saja dia sudah bangun.

“Assalamualaikum,azim, macamana cuti nie?
Ada apa-apa plan ke?
kalau free, bagitaula, coz I have mention about some great activities .U must be interested..:J

Great activities?Mmm..sound good.Why not? Tell me buddy..

Balas Azim pantas dengan raut wajah yang sedikit ceria.Agak jarang Fiq, classmate nya menghantar mesej kepadanya melainkan ada ada hal-hal penting pasal pelajaran ataupun aktiviti-aktiviti yang biasanya di aturkan pada musim cuti semester. Mereka menyertai kelab renjer seawal kemasukkan semester pertama dulu dan tidak sangka pula mereka akan sering bertemu kerana mengambil kursus yang sama dan tetap berkawan rapat sehingga ke akhir semester.Fiq seorang yang open minded dan suka membantu.Wajahnya yang good looking dan seakan-akan Chinese looks membuatkannya diminati ramai gadis-gadis sekampusnya, maklumlah mix blood, tu yang bukan takat hensem jek malah bijak dan punya hati yang baik. tidak macamnya yang selalu bersendirian dan lebih asyik memikirkan pasal pelajaran dan sesekali meruangkan masa bersama neneknya di kampung.

Tapi semester nie, dia tidak lagi akan dapat pergi ke kampung. Nenek sudah meninggalkannya lebih empat bulan yang lalu kerana sakit tua, umur nenek juga sudah lebih 70 tahun.Itulah satu-satunya nenek yang dia ada dan sekarang dia juga sudah pergi meningggalkannya. Selain ibu, neneklah tempat dia bermanja, tempat dia menumpahkan segala kasih sayangnya.

Papa dan ibu tirinya?

Apabila mengenangkan apa yang papa lakukan terhadap ibunya, dia lebih rela ibu bersendirian, daripada terseksa hidup sebumbung dengan ibu tirinya yang selalu membuatkan ibunya menangis sendirian.Dia tidak akan membenarkannya berlaku lagi.Dia akan menjaga ibu sehingga ke penghujung nyawanya. Itulah yang selalu dia janjikan pada dirinya sendiri.
Tetapi, dia juga masih beruntung kerana mempunyai kakak yang amat mengambil berat tentang dia dan ibunya walaupun mereka jarang berjumpa kerana kak Tasha hidup sebumbung dengan papa dan baru menamatkan master of business management di Kota London. Kak Tasha memang jauh berbeza dengan papa, walaupun sentiasa dipenuhi dengan kemewahan, Kak Tasha tidak pernah lupa daratan, malah dia selalu juga menjenguk dia dan ibunya.
”Belajar rajin-rajin, nanti dapat juga pergi overseas, tengok suasana dan cara hidup orang lain.Sape lagi yang akan ubah nasib kita kalau bukan diri kita sendiri, betul tak Azim?” pesanan kak Tasha selalu menerjah ke lubuk hatinya tatkala dia menghadapi masalah dalam pelajaran atau apapun jua. Ini juga pembangkit semangatnya untuk terus berjaya dalam hidupnya.“Tutt, tutt” bunyi penerimaan mesej mengejutkannya daripada lamunanya sendiri.

Kelab Renjer akan mengadakan satu XPDC mendaki gunung di Royal Belum di Perak. Kita akan menikmati keindahan Pulau Banting, berakit menuruni jeram, melawat perkampungan orang asli dan macam-macam lagi.Tarikh lawatan pada 26/12/08.Briefing ringkas akan diadakan sehari sebelum tarikh lawatan bertempat di hadapan Unit Kelab Renjer pada jam 3 petang.Mesej nie aku forward from YDP kita last night. Amacam, wanna joint the club?

This is amazing,adventure and should be enjoyable,don’t u think so?For surely..Aku jointlah ..Tarikh briefing tu weekend nie kan.Kita pergi sama-sama okey.

Balasku ringkas.

”Tutt,tutt”Okey buddy..see u : J

“Rasanya aku perlu membersihkan diri. Dah lebih pukul 9 pagi.Kalau aku luangkan masa di Perpustakaan Negara pun orait juga daripada aku melahu sorang-sorang kat rumah. Dapat juga aku search pasal Royal Belum tu and tengok-tengok sekali some related info pasal final project next semester.Buat research awal, dapat kumpulkan sedikit demi sedikit maklumat dan sudah tentu ia akan dapat membantu aku. Hilang sedikit stress untuk fikirkan final project and boleh struggle untuk final exam. Mane tahu ada rezeki dapat score four flat, dapatlah aku further studies kat overseas.”Azim bermonolog. Dia berangan-angan sendiri mengalahkan Mat Jenin. Tapi angan-angannya lebih tertumpu kepada masa depan, bukan angan-angan kosong. Angan-angan yang di bajainya dengan usaha dan disirami dengan restu serta doa kepada Yang Maha Esa.

Azim mencapai tuala yang disangkut di hanger di tempat penyidai baju di ruang tepi biliknya lalu mencapai tombol pintu bilik mandi untuk membersihkan diri.Sambil membasahkan dirinya, dia masih lagi memikirkan angan-angannya tadi.Alangkah seronoknya jika itu menjadi kenyataan suatu hari nanti dan kata-kata Kak Tasha menyelinap kembali di lubuk hatinya.Dia pasti dia akan dapat menunaikannya dan semua itu bergantung kepada suratan yang telah tertulis untuk dirinya.

Selesai sahaja membersihkan diri, Azim segera bersiap untuk pergi ke destinasi yang difikirkan sedari tadi. Apabila dia menuruni anak tangga untuk ke ruang tamu, dia mencapai kunci kereta Proton Saga Aerobic yang dibelikan oleh ibunya sempena hadiah hari lahirnya.Ibu membelikan kereta itu lebih untuk kemudahannya untuk berulang-alik dari kampus ke rumahnya yang terletak di Bandar Damansara.Jika dahulu dia perlu bersesak-sesak dengan orang ramai untuk menaiki LRT yang merupakan pengangkutan awam yang banyak terdapat di ibukota khususnya seperti Kuala Lumpur, Singapura dan sebagainya, tetapi kini dengan menaiki kereta dia lebih lega kerana waktu kuliahnya tidak sama setiap hari dan biasanya selepas jam 10 pagi. Oleh sebab itu, dia tidak khuatir terhadap kesesakan jalan raya kerana kebiasaannya kesesakan jalan raya berlaku seawal jam 7 hingga 8 pagi iaitu sewaktu ramai orang bergegas untuk ke tempat kerja. Cuma mungkin dia akan menghadapi kesesakan jalanraya sewaktu cuti umum atau musim perayaan sahaja.

Kereta Proton Saga Aerobic meluncur laju di persimpangan lampu isyarat berhadapan dengan jalan masuk ke Perpustakaan Negara. Azim meletakkan kenderaannya di petak yang disediakan untuk orang awam.Dia melangkah masuk melalui pintu hadapan dan pantas menaiki anak tangga dan tanpa disedari dia telah terlanggar seseorang.”Brappp”

“Opps, maafkan saya saudari, saya tidak sengaja melanggar saudari. Saya asyik memerhatikan kolam air di tepi tu sampai saya tidak perasan dan terlanggar saudari”Azim tersenyum memandang buku-buku yang bertaburan di anak-anak tangga itu.Ada di antara buku-buku itu yang terkoyak mungkin akibat terlepas dan terpijak olehnya tadi. Dia terasa bersalah atas ketidak sengajaannya melanggar seorang perempuan di anak tangga yang digunakan untuk ke pintu utana Perpustakaan Negara itu.

“Excuse me,what? Apa maaf-maaf. Kalau buku nie semua rosak, U suppose to be responsible okey.”balas gadis tadi yang mengangkat sedikit alis keningnya dengan reaksi muka yang seperti harimau yang mahu menelan mangsanya.Nampak sedikit sofistikated, anggun dan berpelajaran.

Tanpa menunggu lagi gadis itu terus memungut semua buku-buku yang bertaburan dan Azim juga melakukan perkara yang sama tanpa banyak songel kerana dia tahu gadis dihadapannya betul-betul tidak boleh memaafkannya.

“Takpelah, saya akan ganti jika saudari harus membayar kerosakkannya.”balas Azim lembut.

Tak payah”pantas si gadis menjawab lalu bergegas menaiki anak tangga dengan memegang buku-buku tadi. Mungkin buku-buku yang dipinjamnya dari Perpustakaan Negara. Tanpa menoleh, dia terus berlalu meninggalkan Azim di situ.

“Sombong betul, harap jek lawa, tapi tak ada budi bahasa langsung”Azim mengomel sendiri. Malas mahu memikirkan perihal gadis tadi, lalu dia juga turut menaiki anak tangga untuk meneruskan niat asalnya.

Azim meneruskan ayunan langkahnya melalui bahagian tepi perpustakaan yang menempatkan beberapa buah computer LCD yang boleh di gunakan untuk melayari internet yang diperuntukkan oleh pihak Perpustakaan Negara untuk kegunaan orang awam.
Dia meneruskan niatnya untuk melayari dan mencari info-info berkaitan tempat yang bakal dia dan rakan-rakan sekelabnya lawati pada aktiviti yang akan datang. Tidak sabar rasanya , pasti tempatnya lebih cantik dan jarang diterokai oleh orang ramai. Kalau tidak pun mungkin mereka yang mencintai alam sekitar seperti peminat-peminat burung hutan, mereka yang mengkaji pendudukan orang asli ataupun mereka yang sedang membuat kajian berkaitan tanah dan kawasan geografi sahaja yang lebih berminat untuk menerokai dan mengambil tahu persekitaran tempat tersebut .
Tapi menurut firasatnya, kebanyakkan manusia sekarang lebih berminat mengejar kemewahan duniawi dan lebih teruk dari itu, untuk mencapai impian mereka alam sekitar menjadi mangsa kerakusan manusia. Bukan tidak di paparkan di akhbar-akhbar, malah juga mendapat tempat di media-media elektronik berkaitan kepupusan flora dan fauna akibat ketamakkan manusia.
Tapi manusia memandang enteng serta alpa tentang impak yang bakal mereka juga hadapi sekiranya kepupusan dan kerosakan alam sekitar ini terus berlaku pada masa akan datang. Siapa sebenarnya yang lebih rugi kalau bukan manusia itu sendiri.
Diberikan alam ini sekadar pinjaman untuk dinikmati dan dihargai, supaya bila di soal disana nanti, masih ada jawapan yang pasti.
Tetapi jika keadaannya begini, apa yang mahu dijawab di depan Sang Pencipta nanti?..

Sambil sibuk melayari internet, Azim tertarik dengan sesuatu info yang berkaitan dengan keistimewaan Royal Belum yang tiada dikawasan-kawasan lain di Malaysia. Royal Belum merupakan kawasan penghijrahan lebih 10 spesies burung hutan yang sukar didapati di kawasan-kawasan lain seluruh dunia. Diantara burung-burung yang berhijrah ke kawasan Royal Belum adalah seperti Helmeted Hornbill, Black-white Hornbill dan 8 jenis yang lain., Oleh sebab itu, ramai di antara pengkaji burung dari luar negara datang pada musim penghijrahan burung iaitu sekitar bulan November dan Disember untuk melakukan penyelidikan.

Menurut info itu juga, selain di kawasan Sarawak, Pokok Rafflesia juga banyak terdapat di kawasan kaki gunung di Royal Belum. Pokok Rafflesia atau lebih dikenali sebagai Pokok Pakma dikalangan orang tempatan boleh membesar sehingga sepuluh kali ganda asalnya. Pokok jenis ini adalah jenis tumbuhan menumpang ataupun parasitisme yang akan mengambil nutrien daripada tumbuhan yang ditumpangnya. Selain daripada itu juga, anda akan dapat menikmati keindahan pokok-pokok balak yang boleh mencapai 5 kaki tinggi seperti Pokok Gana, Pokok Gaharu dan sebagainya. Semua tumbuhan ini adalah dilindungan di bawah Kerajaan Negeri Perak.

“Wow, menarik, nie belum research pasal adventure activities yang diorang provide lagi. Fuh, nasiblah si Fiq inform kat aku. Kalau tak, missaah aku satu pengembaraan yang menarik nie.” Azim bermonolog lagi.



Azim copy semua info-info tadi dan menyimpannya di dalam pendrivenya. Dia mahu menyudahkan pembacaannya di rumah sahaja kerana dia tidak mahu menghabiskan masa di situ. Dia mahu mencari buku-buku yang berkaitan Robotic engineering untuk membuat sedikit kajian dan mencari sedikit sebanyak info yang berkaitan dengan projek akhirnya nanti. Sedang leka memilih buku diruangan rak yang telah dilabelkan, Azim terjumpa buku yang berjudul Robotics yang ditulis oleh Henry AD. Dia segera mencapai buku itu, tetapi sedang dia ingin mencapainya, seperti ada sesuatu yang menarik buku itu di ruangan sebelah lagi pada rak yang sama. Dan dia pasti, ada tangan yang sedang menarik buku itu daripadanya. Dia menolak sedikit buku itu untuk memastikan siapa yang sedang bermain tarik tali dengannya.Dan dia sekali lagi terkejut apabila menyedari tangan seorang gadis manis yang kebetulan dilanggarnya sebelum dia melangkah masuk ke Library tadi adalah miliknya.

“ Awak lagi? Punyelah besar ruang dalam library nie, takde ke tempat lain awak boleh cari buku ? “ soal gadis tadi sambil mengangkat alis keningnya raut yang sama seperti peristiwa dia di langgar oleh Azim tadi.
“ Maafkan saya cik, tapi buku ini saya yang jumpe dulu? “Balas Azim perlahan.

“Awak jumpe dulu, tapi saya yang pegang dan tarik buku ini dulu, so saya rasa, saya lebih berhak mengambil buku ini encik.”balas gadis tadi yang meninggikan sedikit suaranya. Orang ramai yang berada sekitar ruangan itu turut memerhatikan mereka berdua.Azim sedikit malu.Mukanya sedikit merah dan dia pasti dia harus beralah.

“Takpelah cik, cik lebih layak mengambil buku ini.” Balas Azim seraya menyerahkan buku tadi kepada gadis dihadapannya.

“Bagus kalau awak fikir macamtu” balas gadis tadi sambil tersenyum sinis kearah Azim. Di dalam hatinya teramat suka. Baru sahaja dia berjaya mengalahkan lelaki dihadapannya. Perwatakan lelaki itu lembut dan menarik.Senyumnya tak lekang dari bibir kecilnya hingga menampakkan sedikit lesung pipinya.Argh, jangan terlalu percayakan lelaki. Lelaki itu semuanya sama. Tiada yang boleh dipercayai.
Semuanya hanya mahu menindas insan lemah seperti perempuan, hanya tahu mengambil kesempatan terhadap kesulitan dan kesusahan orang perempuan. I don’t wanna believe anything from the name of a man.

BAB 3

Hujan lebat di sekitar ibu kota menyukarkan pemandu-pemandu kenderaan untuk memandu dengan keadaan jalan yang licin yang boleh mengundang bahaya. Sebagai langkah berjaga-jaga, Tasha memandu dengan penuh berhati-hati. Biar lambat asalkan selamat. Tiba di lampu isyarat, Tasha memperlahankan kenderaan dan menghentikan kenderaan apabila lampu isyarat berubah ke warna merah. Sementara menunggu lampu isyarat, Tasha menekan butang stereo radio dan menukarkannya kepada channel Hot.fm.Di corong radio kedengaan lagu Agnes Monica bejudul Matahariku yang menjadi soundtrack bagi drama Jelita. Sementara menunggu, dia lebih selesa untuk melepaskan tekanan dengan menikmati lagu-lagu yang kedengaran di radio selain rehat yang secukupnya. Lagu ini boleh menghilangkan stress serta keletihannya bekerja seharian di offices papa. Banyak betul yang harus diselesaikan dalam waktu terdekat ini. Semuanya current issues.So terpaksalah dia bertungkus-lumus untuk membuat yang terbaik untuk syarikat papa. Dia mahu membuktikannya kepada ibu tirinya itu bahawa dia memang berkelayakkan dan mampu untuk menguruskan syarikat papa. Walaupun, papa masih lagi pengarah syarikat, tetapi ketiadaan papa di syarikat kerana menguruskan foreign client dan projek luar membuatkan banyak perkara yang memerlukan perhatian serius diambilalih oleh Tasha. Sebab itu, Tasha sudah lama tidak berjumpa dengan Shamin malah telefon juga jarang semenjak Tasha mula bekerja di syarikat papa.
“Shamin “ Tasha mengeluh sendiri. Di dalam hatinya dia amat berharap Shamin faham dengan tugasnya sekarang.
“Tin.Tin.Tin”
Bunyi hon dari kereta belakang menghentikan lamunan Tasha. Segera dia melepaskan brek tangan dan mula meluncur laju. Dia pasti, lampu isyarat sudah lama bertukar warna, Cuma dia sahaja terbuai-buai dengan lamunannya. Nasib sahaja kereta belakang tidak memaki hamunnya. Dalan hati, dia masih bersyukur, walaupun tidak semua rakyat Malaysia merupakan pemandu yang baik, tetapi masih ada lagi segelintir daripada kalangan mereka yang masih mengamalkan budaya yang baik serta bertimbang rasa dengan pemandu-pemandu yang lain.
Kereta Mercedes Biru masuk ke perkarangan rumah banglo dua tingkat di tepi lereng bukit itu.Tasha menghentikan keretanya di kawasan meletakkan kereta yang ditempatkan di bahagian tepi rumah. Sebelah keretanya terdapat kereta Poscye merah kepunyaan ibu tirinya.
Tasha memulas tombol pintu utama dan perlahan-lahan menguak pintu. Tanpa dia sedari seseorang sedang memerhatikannya ataupun lebih tepat lagi menunggunya di ruang tamu bersebelahan dengan ruang rehat yang dipisahkan menggunakan kayu jati yang papa beli sewaktu percutiannya di Bali, Indonesia tahun lepas.
“ Dah pukul brape, baru nak balik. Ingat nie hotel k?.Kenapa tak check-in aje. Hotelkan bersepah-sepah kat Malaysia nie.” Datin Faridah cuba menyindir anak tirinya.
“Sorrylah ma.Kerja banyak kat offices tadi. Pastu traffic jam. Itu yang balik lambat tu”balas Tasha bersahaja.
“Tasha naik dulu Ma” sambung Tasha sebelum sempat Datin Faridah bertanya lanjut.Malas mahu bertegang leher dengan ibu tirinya itu. Lebih baik dia merehatkan tubuh badannya yang benar-benar keletihan.
“Baru bercakap sikit, dah nak naik.Ingat belajar kat overseas tu bagus sangatlah.” Datin Faridah menyindir lagi. Saja mahu menaikkan kemarahan Tasha tetapi Tasha lebih bijak mengatasi situasi sepeti itu. Kalau dahulu dia pasti akan menjawab semula kebiadapan ibu tirinya, tetapi sekarang, dia lebih matang untuk menghadapinya. Bersabar adalah penyelesaian terbaik selagi itu dia akan pastikan dia tetap bersabar melayan karenah ibu tirinya yang menjengkelkan itu.
“fuh, lega rasanya dapat rehat” ngomel Tasha sendiri sambil menghenyakkan batang tubuhnya ke atas katil kayu yang baginya cukup selasa. Tasha mengambil notebook dan membukanya. Niatnya bukanlah untuk melihat fail-fail syarikat ataupun kerja yang bersangkut-paut dengannya, tetapi dia mahu melihat emailnya. Mana tahu, Shamin ada mengirimkan email. Soalnya sudah seharian dia tidak membuka emailnya. Banyak fail-fail syarikat yang harus diteliti untuk pengemaskinian. Ditambah pula dengan tender yang baru masuk.Bukan tidak percaya kepada staf-staf syarikat papanya, Cuma mengambil langkah berjaga-jaga. Sebarang kemungkinan boleh berlaku. Kadang-kala orang yang kita percayai sendiri rupanya musuh dalam lipatan

Tasha click pada inbox.
There is no messages in inbox.
Itu yang terpapar pada skrin notebooknya.
Tasha sedikit hampa. Dalam hatinya mengatakan Shamin juga mungkin sibuk dengan kerjayanya. Maklumlah, sejak pulang daripada London, Shamin juga sudah mendapatkan pekerjaan di firma perakaunan dan menjadi kepercayaan pihak atasan kerana mampu menyelesaikan masalah pengurusan kewangan yang dihadapi oleh salah sebuah syarikat pembinaan terkemuka di ibukota sejak 5 bulan yang lalu.
Kalau tidak, pasti syarikat pembinaan yang sudah lama bertapak itu akan diisytiharkan muflis atau terus di black list daripada senarai syarikat pembinaan yang disahkan oleh pihak kerajaan. Sudah tentu syarikat itu mengalami kerugian yang amat besar.

“Mungkin kalau aku telefon sebentar Shamin pasti akan menjawabnya” Tasha bermonolog sendiri.

Pantas phonebooknya dibuka dan tertera nama B yang dikhaskan sebagai nama manja untuk Shamin di skrin telefon.

Butang call ditekan tetapi tiada jawapan. Mungkin Shamin sudah ketiduran akibat keletihan. Sudahnya, Tasha hanya mengirimkan mesej ringkas. Dalam hatinya berharap keesokkan paginya Shamin akan membalasnya. Dia semakin rindu untuk mendengar suara pengarang jantung hatinya itu. Dia rindukan Shamin. Jiwanya kian gusar kerana sudah lebih sebulan Shamin tidak bertanyakan khabar atau menitipkan apa-apa pesanan untuknya.
“sibuk sangat ke dia? “Getus hati Tasha sendiri.

“B, I miss u so much. Kita dah lama tak berhubungan.
Esok kita lunch sama2 okey..Reply as soon as possible.”

Setelah butang send di tekan. Tasha menutup lampu biliknya dan membuka lampu tidurnya. Button adjust dipusingkan supaya kesamaran di dalam biliknya membuatkan dia lena malam itu. Macam-macam yang difikirkannya.
Tentang Shamin yang banyak menguasai ruang fikirannya.
Tanpa dia sedari, dia tertidur tanpa membuka alat penghawa dingin. Mungkin kerana terlalu keletihan dengan kehidupan hariannya yang semakin hari semakin tidak dapat dijangkakan.



BAB 4

Shamin baru sahaja sampai di pejabatnya. Dia menarik kerusi lalu menghenyakkan punggungnya di atas kerusinya. Dia menekan butang 021 di telefon di atas mejanya dan memanggil setiausahanya.

“Tolong bawa fail Syarikat Parity Sdn Bhd ke pejabat saya sekarang. Terima kasih” suara Shamin kedengaran sungguh lembut sekali.

“Baik Encik Shamin” balas setiausahanya lalu meletakkan semula ganggang telefon dan melangkah pergi ke ruangan penyimpanan maklumat yang menempatkan semua fail-fail syarikat yang berurusan dengan syarikat ini.

Penyusunan fail-fail syarikat itu di buat oleh setiausahanya sendiri mengikuti huruf selain menggredkannya dengan line yang berbeza-beza bagi mengkelaskan jenis-jenis syarikat yang menjalankan urusniaga dengan syarikat ini. Itupun dilakukan setelah mendapatkan cadangan oleh Encik Shamin sendiri setelah masuk ke ruangan penyimpanan data itu yang sedikit tidak teratur.

“Encik, fail-fail itu telah saya letakkan di atas meja encik tetapi tadi, Encik Azam juga mahu melihat fail-fail daripada Syarikat Parity Sdn Bhd. Mungkin Encik Shamin boleh mendapatkan lagi maklumat tentang syarikat ini.Dia juga masih menyimpan data berhubung masalah yang dihadapi oleh syarikat ini dua tahun lepas. Dengar khabar syarikat itu mengalami kejatuhan kerana mengalami masalah dalaman yang agak serius. Sebab itu, masalah kali ini sedikit berbeza berbanding masalah sebelumnya.”

“Terima kasih Dina atas informasi awak tu. Nanti saya akan cuba mendapatkan butiran selanjutkan daripada Encik Azim sendiri.
“Okey.Satu lagi, tengahari nanti, Encik Shamin akan ada perjumpaan dengan client daripada Syarikat Sky Head kalau tak silap saya company daripada Perancis tu pasal joint venture pelaburan dan saham syarikat.Saya rasa itu sahaja.Kalau tiada apa-apa saya pergi dahulu.

Kalau Encik Shamin memerlukan apa-apa saya sedia membantu.” Balas setiausahanya sambil menutup buku catatannya.

“ Terima kasih Dina. Awak boleh pergi.” balas Shamin sambil melemparkan senyuman.
Shamin membuka notebooknya. Dia mengeluarkan briefcase daripada bawah mejanya. Lantas, dia mengeluarkan fail-fail yang dibawa pulang semalam untuk disiapkan di rumah.Shamin membuka laci mejanya. Semalam, dia terlupa membawa pulang handphonenya. Semuanya gara-gara sibuk dengan penyimpanan fail-fail ke dalam briefcasenya yang dibawanya pulang sehingga lupa mengambil handphone di dalam lacinya.
Ada mesej dan missed call daripada Tasha. Pantas sahaja butang read ditekan. Hatinya mengeluh sedikit, bagaimana dia mahu menyatakan yang dia tidak dapat menemani Tasha untuk makan tengahari kerana ada appointment penting dengan client pada masa yang sama.
Dia tidak mahu mengecewakan Tasha. Bukan sahaja jarang makan bersama malah dia juga sudah jarang menghantar email mahupun mesej kepadanya lantaran kerja di pejabatnya yang kian bertambah.

Tidak sewaktu permulaan bibit cinta antara mereka di London dahulu. Ada sahaja surprise yang diberikan kepada Tasha walaupun sibuk dengan kuliah dan pengajian masing-masing. Setiap hari dia akan pastikan dia akan menemui princess charmingnya sebelum pergi mahupun selepas pulang daripada kuliah kerana baginya Tasha adalah sumber inspirasi serta kekuatannya untuk menghadapi tempoh pengajian.

Dia harus berbuat sesuatu.
Pantas sahaja Shamin menekan butang call yang berwarna hijau setelah menemui nombor telefon bimbit Tasha. Nasibya baik kerana taliannya sudah disambungkan dan di hujung sana sememangnya sedang menantiikan panggilan daripadanya.
“Assalamualaikum sayang. I want to say sorry . I tak dapat temankan you lunch because I have important appointment dengan client. “ Shamin menyusun kata-kata agar buahatinya faham akan kerjaanya.
“ If you say so, Never mind dear. Maybe next time.” Balas Tasha sedikit hampa tetapi masih lagi berjaya mengawal perasaannya.
“ How about dinner this night, shall we?” Shamin segera membalas . Mencuba untuk memujuk.
“ Dinner ? Sounds good. Ok. Jumpa malam karang di Seafood restaurant kat Bangsar.” Hati Tasha berbunga indah. Apa yang diharapkan akhirnya kesampaian walaupun masa dan waktunya tidak sama, tetapi dia tetap dapat melepaskan kerinduannya kepada Shamin.
Dia senyum sendiri. “ Malam nanti pasti ada kejutan daripada Shamin. Itu yang selalu dilakukannya dahulu. Masih ada lagi ke kejutan itu. Emm” Tasha bermonolog sendiri.











BAB 5


Shamin sudah lebih awal tiba ke Seafood Restaurant, tempat yang dijanjikan bersama Tasha. Tapi kelibat Tasha masih belum kelihatan. Tasha seorang yang punctual, mana mungkin dia lambat tanpa sebab yang pasti.
Shamin mengambil tempat di tingkat atas. Mungkin Tasha lebih selesa untuk berada di tingkat atas kerana lebih privacy. Dia memilih meja yang berhampiran dengan bahagian cermin. Menikmati pemandangan luar adalah mengasyikkan. Sedang leka Shamin melihat persekitaran diluar melalui cermin, kedengaran suatu suara menegurnya.
“Jauhnya menung? Tunggu bidadari turun dari langit ke? “Tasha menegur dengan memperlihatkan senyuman manis daripada bibirnya yang kelihatan sedikit shining disebabkan lip gloss m.a.c yang dipakainya tadi. Dia kelihatan menarik dengan gaun labuh hitam daripada fabrik satin yang dibelinya dua minggu lepas. Menampakkan sedikit dadanya namun tidak keterlalauan.
Tajam mata Shamin memandangnya. Secalit senyuman indah tergaris dipipi shamin.
“U cantik sangat sayang malam nie.” Shamin memuji ratu hatinya
















Friday, March 13, 2009

nowadays



assalamualikum semua pembaca blog...


kali nie, aku nak citer pasal kerjaya mase depan.. nowadays, ekonomi dunia termasuk malaysia, memg terjejas teruk akibt kejatuhan ekonomi AS, nak buat camne, kite nie memg banyak bergantng kat die.. semua sektor2 yg ader kat malysia nie related dengan ekonomi AS.


Spe yg jadi magsenye klau bukan kite, golongan siswazah yg nak crik keje ( fresh graduate ) n surelylah golongan2 yg tanam2 anggur kat blkg umah..(p/s : itupun klau ade rumah )..


so, camane nak buat ekk?Aku graduate early june 2009, and 4 surelylah aku akn crik keje kan,,(p/s: xkan nak tanam anggur jgka wlaupun ader rumah, cewah, bukan umah kite pn, umah mak abah kitelah..huhuhu)


So,, aku ader 2 choice, whether nak further my degree itupn klau ader rezeki. InshaAllah, xpn kumpul duit , kene kejelah kan, tuk saving nak sambung blaja,, bukan ape, seganlah nak mntak org duit even ader yg nak seponser, but x taulah g cmner...masih dlm "fikir-fikir pjg"Tapi, wht ever it is, aku memg planning nak sambg blaja, lambat @ cepat, itu biarlah Dia yg tentukan..


Skunk nie pn aku tengah sebuk dn menyebuk dengan karnival2 kerjaya ( juz grab d oppurtunity in front of u), klau lebh drastik lagi, aku nie n sanggup siot berhujan2 nek motor baru blik dari karnival kerjaya dengan Cik Pinky kat UTM, ajak membe2 yg len semua cm xde eager nak pergi.. Depends sbnrnye, so, tanpe ikut2 situasi itu, aku pn pegila.dapatlah dlm4 @ company, pass the resume and later on attend to the interview(p/s : itupn klau accepted.really hope so)..


What so ever..


Ape 2pun, jiwa tetap kne maintain, rock n roll baby..


selamat berjuang..


assalamualikum: :P